Jumat, 20 Maret 2015

HAKIKAT PERNIKAHAN


Dari Hamba Allah

     Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat dan yang manakah pilihan kita?

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan akan rajin bertengkar jika servis di bilik tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika menjadi bangkrupt.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY / BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNyaA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tidak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH.


Pandangan Islam Tentang Pernikahan

      Islam menata hidup pernikahan dgn.sempurna, krn melalui pernikahan manusia dpt.saling mengisi, menjalin hubungan kekeluargaan, dan meneruskan keturunan.Dalam islam, pernikahan merupakan suatu akad (perjanjian) yg. diberkahi antara seorg.lelaki dan seorg.wanita, yg. dgnnya dihalalkan bg.keduanya perkara2 yg. sebelumnya dilarang. Pernikahan merupakan penenang jiwa, sekaligus sbg.perantaraan agar suami isteri dpr.mencurahkan kasih sayang, mewujudkan kerukunan, saling tolong-menolong, saling mengingatkan dan menasihati, serta bertoleransi. Yang sedemikian itu agar keduanya dpt.menciptakan suasana yg.membahagiakan dan mewujudkan keluarga yg. sakinah dan penuh rahmah. 
Pernikahan merupakan hubungan jiwa dengan jiwa yang sangat erat, yang diikatkan oleh ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan didalam rumahtangga yang penuh keharmonian dan kasih sayang yang tulus serta kelembutan. Perkara ini dilukiskan Al-Quran dalam Surah Ar-Ruum Ayat 21 yang ertinya;

     " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. "

      Kehidupan dalam rumahtangga Nabi merupakan realisasi pengarahan rabbani baik sebelum atau sesudah beliau menyandang risalah kerasulan. Untuk mengetahui dan betapa harmoninya kehidupan perkahwinan yang telah ditempuh Rasulullah dengan landasan ajaran Ilahi itu, cubalah telusuri dan bandingkan kembali bagaimana kehidupan perkahwinan dimasa sebelum Islam
datang dengan kehidupan perkahwinan setelah Islam datang, maka kita akan dapati kehidupan perkahwinan mana yang paling indah dan yang sahaja.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

      Islam merupakan risalah terakhir dari langit ke bumi. Islamlah yang telah membawa dunia menuju revolusi besar dalam berbagai aspek kehidupan. Diantara revolusi terbesarnya adalah tentang adanya peraturan-peraturan dalam hubungan antara manusia dengan manusia melalui sebuah hubungan pernikahan. Peraturan-peraturan ini dikumpulkan sedemikian rupa sehingga orang yang patuh pada peraturan yang dibuat itu akan bertemu suatu kebahagiaan dan kedamaian.

      Islam menata hidup pernikahan dengan sempurna, kerana melalui pernikahan, manusia dapat saling mengisi, menjalin hubungan kekeluargaan, dan meneruskan keturunan. Dalam Islam pernikahan merupakan suatu aqad (perjanjian ) yang diberkahi antara seorang lelaki dan seorang wanita, yang dengannya dihalalkan bagi keduanya perkara-perkara yang sebelumnya dilarang. Pernikahan merupakan penenang jiwa, penenteram hati, sekaligus sebagai perantaraan agar suami isteri dapat mencurahkan kasih sayang, mewujudkan kerukunan, saling tolong menolong, saling mengingatkan dan menasihati, serta bertoleransi. Yang sedemikian itu dimaksudkan agar keduanya dapat menciptakan suasana yang membahagiakan dan mewujudkan keluarga yang sakinah dan penuh rahmah.

      Pernikahan merupakan hubungan jiwa dengan jiwa yang sangat erat, yang diikatkan oleh Allah antara dua jiwa itu agar keduanya mendapatkan ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan didalam rumahtangga yang penuh keharmonian dan kasih sayang yang tulus serta kelembutan. Perkara ini dilukiskan Al-Quran dalam Surah Ar-Ruum Ayat 21 yang ertinya; " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir. "

     Demikian itulah hubungan rabbani yang sangat erat dan kuat yang diikatkan oleh Allah antara dua jiwa manusia muslim, sehingga mereka bertemu dalam nuansa keislaman, saling memberi perhatian, saling tolong menolong, dan saling nasihat-menasihati. 

     Kehidupan dalam rumahtangga Nabi merupakan realisasi pengarahan rabbani baik sebelum atau sesudah beliau menyandang risalah kerasulan. Untuk mengetahui dan betapa harmoninya kehidupan perkahwinan yang telah ditempuh Rasulullah dengan landasan ajaran Ilahi itu, cubalah telusuri dan bandingkan kembali bagaimana kehidupan perkahwinan dimasa sebelum Islam datang dengan kehidupan perkahwinan setelah Islam datang, maka kita akan dapati kehidupan perkahwinan mana yang paling indah dan yang sahaja.

Pilihlah Pendamping Hidupmu Maka Jodohmu Akan Mengikuti

      " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. "
Q.S Ar-Ruum : 22

       " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain ). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ). "
Q.S Al-Hujuraat : 13

       Allah tidak membatasi pergaulan lelaki dan wanita sepanjang mengikuti syariah islam. Perlu dicermati pergaulan ini jauh dari makna berpacaran yang membiarkan lelaki dan wanita bebas bergaul dan melanggar batas-batas Islam seperti saling memandang, menyentuh, berdua-duaan tanpa mahram, membuka aurat, melihat perkara-perkara yang diharamkan dan perkara-perkara lain yang mendekatkan diri kepada perbuatan yang diharamkan Islam. Pergaulan yang dimaksudkan itu lebih cenderung kepada saling mengenal karakter dan sifat dari kedua belah pihak tanpa melanggar syariah islam. 

       Putera-puteri islam, hendaklah memperhatikan pilihannya, ingatlah bahawa Allah memilihkan jalan yang terbaik menuju keredhaannya. Jika kita menginginkan jodoh yang baik, maka mulailah dari diri sendiri untuk menjadi baik. Jika kita ingin mendapatkan pasangan yang baik, maka carilah di tempat-tempat yang baik pula.

      Syarat utama untuk menggapai kemanfaatan sebuah rumahtangga tidak lain adalah ilmu. Dengan ilmu, manusia mendapatkan petunjuk untuk berbuat dan mencapai apa yang dicita-citakan. Dengan ilmu pula, manusia dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk, sehingga akhirnya ia dapat menentukan pilihan bagi diri mahupun orang lain. Orang yang mengahwini wanita kerana 4 perkara :

a. Hartanya
b. Keturunannya
c. Kecantikannya
d. Agamanya.

" Oleh kerana itu carilah wanita yang mempunyai agama ( kerana kalau tidak ) binasalah dua tanganmu. " HR Bukhari dan Muslim

       Hadith ini tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, tetapi juga untuk wanita yang memilih calon suami. Kerana Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam tidak merumuskan bentuk tertentu dari kata binasa, maka berkemungkinan besar yang dimaksud adalah penderitaan batin kerana situasi ketegangan yang terjadi akibat salah memilih pendamping.

       Diriwayatkan Umar Bin Khattab, Rasulullah SAW bersabda; " Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa sahaja yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya bernilai disisi Allah dan RasulNya, dan sesiapa sahaja berhijrah dikeranakan keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehinya hanya terbatas apa yang diniatkannya. " HR Bukhari

      Hadith ini mengingatkan kepada manusia, bahawa pernikahan itu bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan biologi, tetapi merupakan tanggungjawab individu kepada Tuhannya. Alasan seseorang untuk menikah hanya yang bersangkutan dan Allah yang tahu, kerana itu pertimbangkanlah masak-masak apakah tujuan pernikahan dan siapa yang akan dinikahi itu.

      Ada seorang saudara muslim berkongsi pengalamannya, bahawa dia menikahi mantan isterinya kerana dia melihat dari sisi agama, si wanita sangat ideal sebagai seorang wanita muslimah ketika mereka berta'aruf. Namun seiring dengan perjalanan waktu, pernikahan mereka terkandas kerana banyak permasalahan yang tidak dapat mereka atasi lagi bersama dan jika diteruskan maka akan membawa kemudharatan dan keluar landasan dari keredhaan Allah, maka jalan terakhir pun akhirnya ditempuh, mereka bercerai.

      Pelajaran yang dapat kita ambil adalah, pentingnya untuk meminta petunjuk dari Allah siapa yang terbaik yang akan kita nikahi, kerana hanya Allah yang mengenal baik ciptaannya dibanding penilaian manusia yang penuh kekhilafan.

     Tidak hanya petunjuk untuk memilih yang terbaik, tetapi juga petunjuk untuk selalu diberi kesabaran menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing, kerana setiap pilihan selalu memiliki konsekuensi.

     Pernikahan yang ideal tidak hanya dinilai dari kebahagiaan yang diberikan pasangan, tetapi juga bagaimana cara peribadi masing-masing memberikan yang terbaik untuk pasangannya

     Janganlah terpedaya dengan keindahan fisikal dan duniawi semata-mata, dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya, iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah SWT.

     Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukumNya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang sholeh dengan seorang penzina. Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulailah dengan memperbaiki diri sendiri, kerana Allah telah menetapkan takdir, bahawa;

      " Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula ( lazimnya ) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman " Q.S An-Nuur : 3

     " ( Lazimnya ) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan ( sebaliknya ) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka ( yang baik ) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang ( yang jahat ); mereka ( yang baik ) itu akan beroleh pengampunan ( dari Allah ) dan pengurniaan yang mulia. " Q.S An-Nuur : 26

     " Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman ( memeluk agama Islam ) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam ) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman ( memeluk agama Islam ) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. ( Yang demikian ialah kerana ) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya ) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran ( daripadanya ). " Q.S Al-Baqarah : 221

      " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. " Q.S An-Nuur : 30

     " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. " Q.S An-Nuur :31

Adapun Peraturan Yang ditetapkan Untuk Menikah :

"Diharamkan atas kamu mengahwini :

01. Ibumu sendiri

02. Anak-anakmu ( kandung ) yang perempuan

03. Saudara-saudaramu ( kandung ) yang perempuan seibu / seayah

04. Saudara-saudara bapamu yang perempuan

05. Saudara-saudara ibumu yang perempuan

06. Anak perempuan saudaramu yang lelaki

07. Anak perempuan saudaramu yang perempuan

08. Ibu yang menyusuimu

09. Saudara sepersusuan

10. Mertua-mertuamu

11. Anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu (yang tinggal di rumah atau di tempat lain) sekiranya kamu belum bersetubuh ( dan sudah kamu ceraikan ) maka tidaklah berdosa kamu mengahwini anak-anaknya

12. Isteri-isteri anak kandungmu (menantu)

13 Mengahwini dua wanita bersaudara sekaligus, kecuali yang sudah terjadi di zaman jahiliyah. " Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut ): Ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan ( haram juga kamu berkahwin dengan ) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali ( untuk menjadi isteri-isteri kamu ), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " Q.S An-Nisaa' : 23.

14. " Dan ( diharamkan juga kamu berkahwin dengan ) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. ( Haramnya segala yang tersebut itu ) ialah suatu ketetapan hukum Allah ( yang diwajibkan ) atas kamu dan ( sebaliknya ) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari ( isteri ) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya ( dengan sempurna ), sebagai suatu ketetapan ( yang diwajibkan oleh Allah ) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu ( suami isteri ), sesudah ditetapkan mas kahwin itu Hakikat Pernikahan(tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

      Hikmah dilarangnya pernikahan semahram (saudara kandung / terdekat),ditinjau dari segi genetik, akan menyebabkan kelemahan dan kerosakan pada pertumbuhan fisikal dan mental dari anak yang dilahirkan, bahkan padabeberapa fakta menyatakan ianya menyebabkan kecacatan. Perkara ini tentu akan kelihatan tidak baik untuk kesinambungan generasi yang akan datang.

      Islam juga menetapkan perkahwinan harus dilakukan oleh wanita dan lelaki, tidak diperbolehkan menikah sesama jenis.

     " Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampauibatas. " Q.S Al-A'raaf : 81

Hikmah Tidak Membolehkan Pernikahan Sesama Jenis Adalah :

1. Mencegah manusia berbuat zalim terhadap diri sendiri dan ciptaan Allah. Allah telah menciptakan wanita untuk berpasangan dengan lelaki, dimana perkara ini juga dimaksudkan untuk memperolehi keturunan. Jika pernikahan dilakukan dengan sesama jenis, maka kudrat Allah untuk mengembang biakkan manusia dilanggar oleh manusia itu sendiri. Perkara ini tentunya akan mengakibatkan manusia tidak dapat menciptakan generasi berikutnya.

2. Mencegah gangguan jiwa. Kecenderungan terhadap sesama jenis merupakan kelainan jiwa yang membuat manusia tergelincir dari kudrat yang telah digariskan Allah.

Sunnah Berpoligami

      " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu ) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. " Q.S An-Nisaa' : 3

       Poligami adalah menikah dengan lebih dari satu isteri. Poligami merupakan salah satu pintu ibadah menuju keredhaan Allah.

       Hukum nikah poligami adalah sunnah bagi yang mampu, mengingat manfaat didalamnya, mithalnya pada zaman Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam, poligami dimaksudkan untuk memberi nafkah secara lahir dan batin kepada janda-janda dan anak-anak yang ditingal suami akibat peperangan.

     Jika masing-masing pihak wanita dan lelaki mampu dan berkenan / redha melaksanakan poligami, maka Islam memberikan jalan dan peraturan untuk membina rumahtangga yang sedemikian. Namun jika salah satu pihak merasa dirugikan, atau merasa tidak mampu melaksanakannya, maka sebaiknya ditinggalkan.

      Seperti yang sudah dikatakan, bahawa poligami adalah salah satu pintu ibadah, maka jika tidak dapat dilaksanakan, mengingat akan mudharatnya lebih besar dari pada manfaatnya, maka lebih baik mencari keredhaan Allah dari pintu ibadah yang lain.

      Individu yang tidak mampu menjalankan poligami secara baik, hanya akan membawa permasalahan rumahtangga yang kompleks dan mengundang kezaliman, terutama kezaliman terhadap seseorang secara sepihak. Ali Bin Abi Thalib, suami dari puteri Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam pernah menyatakan niatnya kepada Rasulullah, bahawa ia hendak beristeri lagi. Namun seperti yang diketahui sepanjang sejarah, bahawa Ali bin Abi Thalib tidak ada isteri yang lain selain Fatimah yang mendampingi beliau. Dari sebuah riwayat, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam diceritakan menyatakan pada Ali, agar ia menunda niatnya itu.

      Ali bin Abi Thalib bertanya mengapa demikian, sedangkan dalam Al Quran sahaja diperbolehkan beristeri lebih dari satu. Rasulullah mengatakan beliau ketika itu tidak berbicara dari kacamata agama, tetapi beliau sedang berbicara sebagai ayah yang sangat, sangat, sangat menyayangi puterinya.

     Terlepas dari semua alasan dan pertentangan, jika suatu pasangan akan melakukan poligami maka perkara ini harus mempunyai komitmen yang kuat, bahawa yang mereka lakukan adalah IBADAH.

     Yang terpenting adalah menikah bagi wanita harus ada wali, dan wali adalah sangat penting dalam menikah secara agama, kerana itu wali tidak boleh sembarangan. Jika tidak maka pernikahannya tidak sah atau sama sahaja dengan berzina.

Wali prioriti pertama bagi wanita ialah :

1. Ayah pengantin wanita, kalau berhalangan, barulah
2. Datuknya (ayah kepada ayahnya) kemudian,
3. Saudara lelaki seayah dan seibu, atau seayah, kemudian
4. Anak saudara lelaki, barulah setelah itu saudara terdekat yang lain.

     Jika keempat wali itu berhalangan atas kemanfaatan syariah, maka dapat diserahkan kepada wali hakim.

     Bagi para wali, mereka tidak mempunya hak untuk melarang sesuatu pernikahan kecuali dikeranakan perkara yang melanggar syariah. Seperti diturunkan dalam ayat berikut;

      " Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri ( kamu ), lalu habis masa idah mereka maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan ( bekas ) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik ( yang dibenarkan oleh Syarak ). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa diantara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci dan ( ingatlah ), Allah mengetahui ( akan apa jua yang baik untuk kamu ) sedang kamu tidak mengetahuinya. " Q.S Al-Baqarah : 232

     Andaikan wanita berhak mengadakan akad nikah sendiri seperti hal nya lelaki, tentu tidak ada larangan terhadap para wali yang menghalangi keluarga mereka yang akan menikah.

Tips Bagi Yang Belum Mampu Menikah

      Tidak semua lelaki dan wanita dewasa secara lahiriah, bersedia untuk nikah. Jika seseorang itu belum mampu secara material mahupun secara psikologi untuk menuju jinjang perkahwinan, maka hendaknya ia bersabar, kerana Allah tidak memaksa seseorang untuk segera menikah apabila ia belum mampu. Kerana itu Allah memberikan jalan keluar kepadanya;

      " Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu ( lelaki dan perempuan ) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya ( dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka ( yang melayakkannya berbuat demikian ) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " Q.S An-Nuur : 33

      " ( Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya ) maka bersabarlah ( wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam ); sesungguhnya janji Allah ( untuk menjayakanmu ) adalah benar dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. " Q.S Ghaafir : 55

     " Wahai orang-orang muda, barangsiapa diantara kalian yang telah mampu dalam nafkah, kahwinlah. Dan barangsiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa, kerana berpuasa itu perisai untuknya. " HR Bukhari dan Muslim

      Manfaatkanlah masa sebelum menikah dengan perkara-perkara yang positif dan bertujuan meningkatkan ketakwaan kepada Allah, mithalnya mengikuti kegiatan-kegiatan kerohanian, kursus, kuliah dan sebagainya sesuai dengan kemampuan masing-masing. Kerana mungkin, setelah menikah, tidak akan pernah ada kesempatan yang sama untuk melakukan apa yang kita kira sanggup dilakukan pada saat sebelum kita menikah.

      Nikmatilah proses ini dan manfaatkan dengan baik, kerana hidup adalah lebih dari sekadar doktrin, kewajipan atau keikhlasan ibadah kepada Allah dalam suatu fasa tertentu kehidupan semasa solo atau sudah menikah, tetapi hakikat yang terkandung dalam ketaatan beribadah adalah sejauh mana manusia mampu memanfaatkan apa yang sudah diberikan sang pencipta menjadi sesuatu yang bererti untuk dirinya, untuk orang lain dan alam yang menopang hidupnya. 

Wallahu'alam Bisshawab.

       Wujud, banyak dicari orang kerana indahnya bentuk Padahal ia tidak memiliki makna. Hati, tempat bersemayam antara kebaikan & keburukan
Zikir bisa membersihkannya dari segala keburukan & kemaksiatan Ku bersujud pada Illahi Rabbi hanya untuk mendapat Cinta & RedhaMu.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar